Pertikaian antara bekas pemain bola sepak kebangsaan dengan syarikat produksi filem Ola Bola tidak perlu diperbesarkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin.
Beliau berkata ini kerana syarikat produksi itu hanya mengambil inspirasi daripada peristiwa 1980 apabila pasukan bola kebangsaan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
"Pada awal filem itu pun mereka (syarikat produksi) telah mengatakan bahawa filem berkenaan berdasarkan kepada inspirasi daripada sejarah dan bukan 100 peratus menggunakan perincian sejarah.
"Kalau tidak, sudah pasti mereka guna nama sebenar," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi 2016 (LTDL) di Dataran Merdeka di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalannya Datuk M.Saravanan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow yang mengugut akan menyaman penerbit filem Ola Bola kerana didakwa menukar fakta sebenar.
Dalam pada itu, Khairy berkata filem arahan Chiu Keng Guan itu merupakan antara filem terbaik untuk ditontoni masyarakat kerana sambutan daripada peminat bola dan rakyat biasa amat menggalakkan.
Filem terbitan Astro Shaw itu mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat filem dan bola sepak dan berjaya mengutip lebih RM12 juta setelah 18 hari tayangan.
Bernama
Sun Feb 28 2016
Filem Ola Bola dihasilkan daripada inspirasi peristiwa sejarah dan bukan 100 peratus menggunakan perincian sejarah. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pertikaian tentang 'Ola Bola' tidak perlu diperbesar - Khairy
Syarikat produksi itu hanya mengambil inspirasi daripada peristiwa tahun 1980 apabila pasukan bola kebangsaan mengharumkan nama negara.