Produksi filem 'The Batman' dihentikan gara-gara COVID-19

Astro Awani
Mac 27, 2020 04:15 MYT
Filem adi wira "The Batman" menjadi 'mangsa' terbaharu jangkitan koronavirus apabila dihentikan penggambaran. -IMDB
"THE Batman", filem adi wira keluaran DC menjadi 'mangsa' terbaharu jangkitan koronavirus apabila dihentikan penggambaran baru-baru ini.
Pengarahnya Matt Reeves membuat pengumuman itu pada Rabu sebagai reaksi kepada pertanyaan peminat sama ada filem itu ditangguh akibat pandemik COVID-19.
"Ya, kami telah hentikan sehingga sesuai untuk kami sambung semula," tulis Reeves di akaun Twitter.
"Semuanya selamat ketika ini, terima kasih kerana bertanya, dan semoga anda juga selamat."

Yes, we have shut down till it is safe for us all to resume... Everyone safe for the moment, thank you for asking, and stay safe too... https://t.co/wDhlYtphlm

— Matt Reeves (@mattreevesLA) March 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem 'The Batman' dijadual mula ditayangkan di pawagam pada 25 Jun 2021, namun tidak dipastikan sama ada tarikh itu akan berubah susulan penangguhan penggambaran ini.
The Batman dibintangi pelakon "Twilight", Robert Pattinson sebagai adi wira tersebut, manakala Colin Farrell memegang watak antagonis Oswald Cobblepot atau lebih dikenali sebagai Penguin, serta John Turturro sebagai Carmine Falcone.
Perintah kawalan pergerakan di kebanyakan tempat di dunia memberi kesan kepada beberapa jadual tayangan filem baharu sehingga Julai.
Antaranya "Wonder Woman 1984", "Black Widow", "No Time to Die", "Mulan", "F9" dan "A Quiet Place Part 2."
#Black Widow #Colin Farrell #COVID-19 #koronavirus #Mulan #no time to die #robert pattinson #The Batman #wonder woman 1984