Reese Witherspoon jadi pari-pari 'Tinkerbell' dalam filem baru Disney

AFP RELAXNEWS
Mei 22, 2015 13:50 MYT
Witherspoon akan terbitkan filem itu sendiri bersama-sama dengan rakan kongsinya untuk syarikat Pacific Standard.
Reese Witherspoon telah menandatangani kontrak untuk filem "Tink" iaitu filem baru terbitan Disney yang bakal berkisarkan mengenai watak 'Tinkerbell' dalam kisah dongeng Peter Pan.
Filem karya novelis terkenal JM Barrie ini akan berlatar belakangkan dunia pari-pari dan 'Tinkerbell' sebagai heroin, lapor Variety.
Skrip ditulis oleh Victoria Strouse yang terkenal dengan karya "New Best Friend" dan "Finding Dory".
Filem ini akan diterbitkan oleh Witherspoon sendiri bersama-sama dengan rakan kongsinya Bruna Papandrea untuk syarikat mereka Pacific Standard.
Maklumat lanjut mengenai plot filem ini masih belum diumumkan.
#Disney #Peterpan #Reese Witherspoon #Tink #Tinkerbell