Rose Blackpink positif COVID-19

Astro Awani
Februari 28, 2022 10:47 MYT
Keputusan positif itu adalah hasil ujian RT-PCR yang dilakukannya sebagai pra-syarat sebelum ke luar negara. - Foto Twitter/@BLACKPINK
KUALA LUMPUR: Ahli kumpulan Blackpink, Rose disahkan positif COVID-19 sekali gus memaksanya membatalkan perjalanan ke luar negara.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan YG Entertainment hari ini, keputusan itu hasil ujian RT-PCR yang dilakukannya sebagai prasyarat sebelum ke luar negara.
"Tiga lagi ahli (Jisoo, Jennie, Lisa) bagaimanapun negatif dan kesemua ahli termasuk Rose tidak mengalami sebarang gejala.
"Kesemua ahli Blackpink telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan kami sentiasa mengutamakan kesihatan artis termasuk kakitangan," memetik kenyataan itu.
Selain meminta kesembuhan segera Rose, pihak pengurusan juga akan mengemaskini jadual selain perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
#COVID-19 #Rose #Kpop #BLACKPINK