Sekian lama mengunci mulut, pelakon dan pengacara terkenal Rozita Che Wan akhirnya mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Zain Saidin pada Disember ini.

Bagaimanapun, kesibukan pasangan ini telah membataskan mereka untuk membuat persiapan.

Enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut, Rozita bagaimanapun menyatakan majlis akan diadakan di Kuala Lumpur.

Maklumat terperinci bakal dikongsi pasangan itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Rozita, 42 tahun merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak, manakala Zain berusia 29 tahun.

Berita video menyusul