Rupa-rupanya.. BTS pencetus fenomena #microwavechallenge

Faris Danial Razi
April 4, 2019 05:13 MYT
Siapa sangka, gerakan tari yang digunakan pada sesi latihan dijadikan satu idea untuk cipta fenomena baru yang mendapat sambutan ramai sehingga digelar sebagai 'Microwave Challenge. - YouTube/BTS & TXT Fan
JIKA anda ketinggalan, #microwavechallenge ialah satu lagi fenomena besar selepas trend yang meletup sebelum ini seperti “Mannequin Challenge” dan “Keke Challenge”.
Kini, tiba giliran "Microwave Challenge" menjadi satu cabaran fenomena yang ingin dicuba oleh semua golongan bukan sahaja millennial, malah ianya disahut oleh selebriti ternama seperti Ryan Seacrest.

Just warmin up #microwavechallenge pic.twitter.com/ILW9CmCLim

— Ryan Seacrest (@RyanSeacrest) March 25, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Idea ini sememangnya tercetus daripada kumpulan ikonik K-pop, iaitu BTS (Bangtan Boys) yang pernah membuat aksi tarian ini sewaktu sesi latihan tarian mereka pada 2016.
Pada waktu itu, J-Hope dan Jungkook pastinya tidak menyangka aksi tarian mereka bakal menjadi viral hari ini.
Jika dilihatkan, pada minit ke 09:10 mereka telah melakukan aksi itu secara spontan dan ternyata ramai yang kagum dengan cara pergerakan tarian mereka di dalam klip video yang berdurasi 10 minit itu.
Secara tidak sedar, jumlah klip video yang menyahut cabaran #microwavechallenge ini sudahpun mencecah seramai 125 juta di aplikasi TikTok.
Ia bukan sahaja mendapat sambutan besar di TikTok, malah jika anda mencari hashtag #microwavechallenge ini di laman sosial Instagram mahupun Twitter pastinya anda akan dapat melihat ramai yang menikmati cabaran itu kerana ia sungguh serupa seperti makanan yang dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
BTS yang mempunyai pengikut seramai 16.2 juta di laman Instagram memang tidak asing lagi dengan kehebatannya yang sering menjadi pengaruh besar dan dikagumi orang ramai terutama golongan ARMY.
#BTS ARMY #BTS Bangtan Boys #Microwave Challenge #Ryan Seacrest #TikTok #YouTube