Salah seorang anggota BTS, Suga menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada 9 Mac 2023.

Demi meraikan pertambahan usia, Suga memilih untuk berbuat kebaikan dan berbakti kepada masyarakat.

Suga dilaporkan telah menderma sebanyak sekitar RM348,000 kepada mangsa bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Sikap dermawannya itu didedahkan oleh pertubuhan Save the Children dengan mengatakan: “Suga telah menderma sebanyak RM348,000 untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.”

Suga pula menerusi AllKPop dipetik mengucapkan takziah buat semua mangsa dan berharap bantuan yang diberikan dapat membantu mangsa gempa bumi terutama kanak-kanak.

“Ada banyak kanak-kanak dan keluarga yang terkesan dengan bencana yang melanda. Saya mengucapkan takziah untuk semua mangsa terkorban dan yang terselamat.

“Saya harap bantuan tidak seberapa yang diberikan ini mampu memberi harapan kepada kanak-kanak dan digunakan dengan baik untuk membantu mereka,” katanya.

Difahamkan pertubuhan Save the Children akan menggunakan wang yang didermakan untuk membeli keperluan sekolah, tilam dan barangan asas lain. - Gempak