ANAK kepada pelakon veteran, Ira Kazar akhirnya menjelaskan status dirinya yang menjadi tanda tanya netizen.

Menerusi video pendek yang dikongsi di ruangan IG Story miliknya, Ira mengakui dirinya masih bujang.
By the way saya masih lagi single,” katanya ringkas seolah-olah berbisik.

Video tersebut dimuat naik Ira selepas membuat ulasan filem Hollywood yang ditonton berjudul Black Phone pada Selasa.


Terdahulu, nama Ira hangat diperkatakan netizen selepas didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.

Pada Selasa, isteri Syamsul yang juga merupakan aktres Puteri Sarah menerima kiriman mesej peribadi (DM) seorang individu yang mendakwa suaminya sudah bertunang.

Bagaimanapun, Syamsul tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi program Meletop yang bersiaran secara langsung pada Selasa malam.

*Artikel asal disiarkan di Gempak