"SAYA tak mahu nafikan, saya tak mahu mengiyakan. Apa yang saya pinta cuma doa yang baik-baik sahaja," itu jawapan aktres cantik Fasha Sandha mengenai desas-desus yang mendakwa dia kini kembali berbadan dua.

Fobia dengan insiden keguguran yang terjadi pada Jun lalu, aktres drama bersiri Syurga Yang Kedua ini lebih berhati-hati dalam berkongsi berita mengenai kehamilannya.

BACA: "Ibu Mintak Maaf..." - Sedihnya Fasha Sandha Keguguran Di Bulan Syawal

"Cerita beberapa bulan lalu betul-betul meninggalkan impak kepada diri saya... Sampaikan saya sendiri fobia untuk berkongsi perihal kehamilan.

"Ketika itu, anak-anak agak hampa bila mendengar berita sedih terbabit. Mereka sangat terkesan.

"Bayangkan, ketika saya masih berstatus ibu tunggal dahulu pun mereka sudah menyuruh saya berkahwin kerana mereka mahukan adik. Mereka sangat berharap.

"Jadi, ada baiknya jika khabar mengenai kehamilan saya simpan sahaja. Ya atau tidak, saya tak mahu ulas lanjut. Doakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Syukur Alhamdulillah


Fasha ditemui di majlis pelancaran ubat gigi Aurawhite bersama Guardian di Putrajaya baru-baru ini.