'Saya tidur di sofa bed setiap malam, kalaulah tiba-tiba...' - Catriona Ross

Gempak
Oktober 15, 2018 21:55 MYT
Catriona berkongsi di Instagram beberapa keping foto sepanjang suaminya ditahan di pusat perubatan ibukota itu.
PELAKON Catriona Ross mendapat pujian netizen apabila sanggup bersusah-payah menjaga kebajikan suaminya yang dimasukkan ke hospital dua minggu lalu.
Menerusi Instagramnya, Catriona, 38, menceritakan semula pengalaman menjaga suaminya sepanjang ditahan untuk pemantauan kesihatan akibat demam.
"Sudah dua minggu suami saya dibenarkan pulang dan sihat Alhamdulillah. Kembali bekerja dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.
"Saya tidur di sofa bed setiap malam, kalaulah tiba-tiba dia memerlukan bantuan atau apa-apa dan semestinya jika sakit, kita mahukan orang teman kita kan...
"Ketika dimasukkan ke wad, memang rasa bimbang, tetapi jujurnya ia merapatkan hubungan kami dan kami berpeluang untuk berbicara tentang banyak dan macam-macam perkara," tulisnya di Instagram.
Catriona turut berkongsi beberapa keping foto sepanjang suaminya, Shaharuddin Mokhtaruddin ditahan di pusat perubatan ibukota itu.
Malah, perkongsian itu mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada peminatnya selain mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.
#Catriona Ross #demam #Hospital #Instagram #kesihatan #perubatan #Shaharuddin Mokhtaruddin #suami