Scam! Saya tak terlibat mana-mana skim pelaburan - Shuib Sepahtu

Astro Awani
Mac 25, 2019 21:48 MYT
Shuib berkongsi sekeping gambar paparan skrin mengenai sebuah skim yang menjanjikan pulangan lumayan.
PELAWAK, pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengingatkan peminat serta orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebuah skim pelaburan yang menggunakan foto dirinya.
Peringatan itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya di mana Shuib berkongsi sekeping gambar paparan skrin mengenai sebuah skim yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ujarnya, dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan.
"SCAM! Tolong jangan terpedaya! Jangan kerja nak membohong je boleh?
"Tolong take note ye semua... Saya tak terlibat dengan mana-mana skim pelaburan," jelasnya beserta dua tanda pagar, #scammer #DahLaNiKeretaPinjam.
#pulangan lumayan #scammer #Shuib Sepahtu #skim pelaburan