'Scream' cantas kedudukan 'Spider-Man: No Way Home' di box office

Astro Awani
Januari 17, 2022 01:45 MYT
Selain membariskan pelakon baharu, ia juga merupakan pertama kali siri francais filem "Scream" tidak diarahkan oleh Wes Craven yang meninggal dunia pada 2015. -bleedingcool.com
SELEPAS sebulan mengungguli cara box office, kedudukan "Spider-Man: No Way Home" akhirnya digantikan dengan filem terbitan Paramount Pictures, "Scream".
Minggu tayangan debut filem tersebut menyaksikan jualan tiket sehingga AS$30.6 juta hujung minggu lalu.
"Scream", yang dikategorikan sebagai filem requel, merupakan filem kelima francais tersebut.
Paramount menjangkakan kutipan sehingga AS$35 juta sehingga Isnin.
Selain membariskan pelakon baharu, ia juga merupakan pertama kali siri francais filem "Scream" tidak diarahkan oleh Wes Craven yang meninggal dunia pada 2015.
Sementara itu, "Spider-Man: No Way Home" berada di kedudukan kedua namun terus mencatatkan rekod tertinggi.
Untuk minggu kelima, filem adi wira itu meraih AS$20.8 juta.
#Box Office #Scream #Spider-Man No Way Home #Wes Craven