SELEPAS sebulan mengungguli cara box office, kedudukan "Spider-Man: No Way Home" akhirnya digantikan dengan filem terbitan Paramount Pictures, "Scream".

Minggu tayangan debut filem tersebut menyaksikan jualan tiket sehingga AS$30.6 juta hujung minggu lalu.

"Scream", yang dikategorikan sebagai filem requel, merupakan filem kelima francais tersebut.

Paramount menjangkakan kutipan sehingga AS$35 juta sehingga Isnin.

Selain membariskan pelakon baharu, ia juga merupakan pertama kali siri francais filem "Scream" tidak diarahkan oleh Wes Craven yang meninggal dunia pada 2015.

Sementara itu, "Spider-Man: No Way Home" berada di kedudukan kedua namun terus mencatatkan rekod tertinggi.

Untuk minggu kelima, filem adi wira itu meraih AS$20.8 juta.