SELEPAS sukses menjual peralatan memasak jenama Vantage secara eksklusif, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini menjual set solekan jenamanya, SIMPLYSITI Red Collection di Go Shop.
"SIMPLYSITI Red Collection merupakan set kosmetik yang dikeluarkan secara eksklusif dan ia menggunakan ekstrak ginseng merah.
"Selalunya, ginseng merah digunakan sebagai makanan kesihatan kerana khasiatnya tetapi SIMPLYSITI menggunakan formulasi ginseng merah dalam set solekan Red Collection untuk penampilan yang lebih remaja dan jelita.
"Koleksi eksklusif ini datang dengan dua warna cushion foundation, dua warna bedak kompak dan gincu dalam pek kemasan mewah berona merah. Apa yang penting, harganya juga berpatutan, hanya RM139 sahaja," kata Siti.
BACA: Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas 'gegarkan' Go Shop
BACA: Jadi duta periuk, Siti Nurhaliza enggan tipu peminat
BACA: Konsert berjalan lancar tapi Siti rasa telinga macam kena tumbuk?
Siti ditemui usai pelancaran SIMPLYSITI Red Collection di Go Shop pada Rabu.
Tambah pelantun lagu Anta Permana ini, sebagai usahawan dia mahu mempelbagaikan cara untuk memasarkan produk jenamanya sendiri.
"Alhamdulillah, usia SIMPLYSITI bakal menjangkau sembilan tahun pada 30 Mac ini dan sambutan yang diterima sangat positif. Sebagai seorang usahawan, saya sentiasa mahu memberikan kelainan dan mementingkan kualiti produk.
"Memasarkan SIMPLYSITI Red Collection secara eksklusif di Go Shop juga menjadi salah satu percubaan baru saya dalam menerokai bidang perniagaan. Saya mahu produk saya senang dan mudah didapati di mana sahaja dan ia berkesan menerusi Go Shop," katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai SIMPLYSITI Red Collection, klik di SINI.
Gempak
Fri Mar 08 2019
Pelantun lagu Anta Permana ini, sebagai usahawan dia mahu mempelbagaikan cara untuk memasarkan produk jenamanya sendiri.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkenal kaedah jualan baharu, WonderLab jadi tumpuan peminat kecantikan
Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan dalam pelan 14 dan 28 hari.
Selepas periuk, Siti Nurhaliza jual make-up pula di Go Shop!
Wah, meriah!
Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat: data
Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.