SELEPAS wajah Yuna dan Layla Sania menghiasi papan iklan digital di Times Square, New York kini giliran wajah kumpulan Dolla pula disiarkan di sana.
Berita gembira itu dikongsi oleh salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo melalui kemas kini di laman Instagram pada Rabu.
Melalui kemas kini itu, Sabronzo atau Sabrina Rusli menyatakan keterujaannya dan berterima kasih kepada syarikat rakaman serta Spotify kerana memilih mereka untuk menghiasi papan iklan di sana.
“Dolla is outside! Terima kasih Universal Music dan Spotify membuat impian kami jadi kenyataan,” katanya ringkas di Instagram.
Manakala, Tabby pula menyatakan dia tidak sangka bahawa kumpulannya akan terpilih untuk menghiasi papan iklan di sana dan akan disaksikan diseluruh dunia.
"Kami sangat bersyukur kerana dapat menjadi wakil Malaysia, dan tak pernah terbayang bahawa wajah saya akan disaksikan di seluruh dunia," tulisnya di laman Instagram.
Dolla dianggotai Sabronzo, Tabby, Angle dan Syasya yang bernaung bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia dipilih menghiasi papan iklan berkenaan mewakili penyanyi Malaysia dan Singapura untuk kempen EQUAL oleh Spotify.
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Pada masa sama, kumpulan Dolla yang popular dengan lagu Impikan juga akan muncul dengan single terbaharu bertajuk Berani pada 24 September ini.
Asyraf Roslan
Wed Sep 22 2021
Dolla dianggotai Sabronzo, Tabby, Angle dan Syasya yang bernaung bawah syarikat Universal Music Malaysia dipilih menghiasi papan iklan berkenaan mewakili penyanyi Malaysia dan Singapura untuk kempen EQUAL oleh Spotify. - Foto Instagram/@tabbybabyyy
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
"Selebriti bukanlah robot, kami juga..." - Dolla
Menjadi selebriti yang dikenali bukanlah sesuatu yang mudah, terutama walau dalam keadaan macam mana pun perlu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong.
Diserang peminat, Angel Dolla perjelas hubungan dengan Nadhir Nasar
Angel dan Nadhir digosipkan bersama selepas dilihat sering berbalas komen di laman sosial.
Polis nafi dakwaan pemilik akaun Twitter Dolla dalam kejadian di Puchong
Pemilik akaun Twitter berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
'Kami terlepas pandang' - Dolla tampil mohon maaf isu baju mencolok mata
Mewakili Dolla, seorang ahlinya, Sabronzo atau nama sebenar Wan Sabrina Wan Rusli berkata, apa yang berlaku adalah silap mereka.
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
Dolla teruja single terbaharu dapat sentuhan komposer antarabangsa
Impikan, atau Watch Me Glow dalam versi bahasa Inggeris, ditulis komposer yang banyak bekerjasama dengan BTS, Girls Generation dan EXO.