Sharnaaz Ahmad mahu memberi fokus pada karier dan enggan lagi ditanya mengenai kisah percintaannya yang kecundang.

Bekas kekasih Shila Amzah ini tidak mahu kenyataannya dimanipulasi oleh sesetengah pihak sekaligus memburukkan keadaan.

“Saya tidak mahu ditanya atau mendengar nama Shila Amzah lagi”, katanya dengan tegas.

Menurutnya, dia hanya akan menjawab pertanyaan mengenai soal kerjayanya saja dan tidak akan melayan soalan berbentuk kisah percintaan bersama penyanyi lagu “Patah Seribu” itu.

“Saya dah serik memberi kenyataan sebab ianya sering dimanipulasikan sehingga menyebabkan saya dipersalahkan masyarakat”, ujarnya dengan kecewa.

Sharnaaz difahamkan ingin mengambil pendekatan berdiam diri selain hanya memberi sepenuh perhatian kepada bidang lakonan dan kerjaya sahaja.

Biarpun dibelenggu pelbagai kontroversi, pelakon ini bagaimanapun bersyukur terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh pihak produksi selain menyatakan masih menerima pelbagai tawaran berlakon.

Pelakon “Juvana” ini juga tidak mahu memikirkan soal wanita buat setakat ini apatah lagi untuk mencari pengganti Shila.