Sofia Jane 'bengang', beri teguran berguna untuk pemandu e-hailing

Afiq Ariffin
Jun 25, 2021 07:50 MYT
Pelakon itu turut menyarankan agar penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi di kawasan lintasan pejalan kaki. - Foto Twitter @MemHanyut
AKTRES berpengalaman, Datin Sofia Jane, melontarkan rasa kurang senang terhadap segelintir pengguna jalan raya yang gemar melanggar lampu merah terutamanya di kawasan lintasan pejalan kaki.
Malah, pelakon yang popular dengan filem Perempuan, Isteri dan.... serta Hanyut itu turut menyarankan agar penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati terhadap isu keselamatan awam, lebih-lebih lagi di kawasan itu.
“Saya mohon kepada penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah.
“Lampu merah jangan dilanggar. Orang yang mahu melintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan.
“Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput maut,” ujar Sofia menerusi beberapa ciapan di akaun Twitter peribadinya.

Saya mohon of penunggang motosikal yg menghantar makanan, berpada2 lah . Lampu merah jangan main langgar.. Org nak lintas jalan seperti berhadapan dgn maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi jgnlah sampai nak menjemput maut

— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Sofia juga kurang senang dengan sikap mereka yang suka menggunakan hon terhadap pejalan kaki.
“Siap hon mereka di tempat lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah kerana takut dilanggar. Apa nak jadi ni?
“Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” tegasnya sambil menasihati pegguna jalan raya agar memperlahankan kenderaan sekiranya berdekatan dengan lintasan pejalan kaki.

Dah takda undang2 jalanraya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta.

— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, kata Sofia kejadian seperti itu juga pernah berlaku kepada ahli keluarganya sehingga menyebabkan kecederaan.

Same thing happened to my sister. Stationery at traffic lights. Delivery rider rams into her. Shatters her back window.He flew and fractured shoulder. Why? Because on phone. Starts calling after that for money. Insurance agent says its a norm. A lot of underlying issues here.

— So J (@MemHanyut) June 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teguran Sofia itu sangat relevan dengan sikap sesetengah pengguna jalan raya di negara ini, yang pada kebanyakan masa tidak memahami hak pejalan kaki, memandu atau menunggang secara sambil lewa dan tidak patuh pada asas peraturan jalan raya.
#Sofia Jane #pelakon #bengang #penunggang motosikal #undang-undang #filem #Twitter #motosikal #ciapan