Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain bakal mengubati kerinduan peminat menerusi konsert teaterikal 'Suara Kita'.

Pementasan ini menggabungkan lakonan dan nyanyian yang mengimbau episod kegemilangan filem Melayu 'Pecah Panggung' sekitar dekad 90an.

Filem-filem Melayu yang pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad yang lalu iaitu 'Sembilu', 'Sembilu 2', 'Tragedi Oktober', 'Maria Mariana 2' dan 'Merah'.