Tak sampai 48 jam, akaun Instagram 'baby girl' Jep & Sari Yanti raih 80,000 pengikut

Gempak
Mei 4, 2018 22:55 MYT
Setakat ini, Jep dan Sari berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit. - Foto Instagram / @dariyainaraofficial
AKAUN Instagram milik anak pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti, Dariya Inara yang baru sahaja dibuka meraih hampir 80,000 pengikut.
Tak sampai 48 jam akaun tersebut dibuka, jumlah pengikut akaun Instagram tersebut bertambah setiap saat.
BACA: Terasa hampir terputus nafas - Sari Yanti
Setakat ini, Jep dan Sari turut berkongsi tiga keping foto comel Dariya di laman Instagram terbabit.
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan Dariya dan mendoakan agar permata hati Jep dan Sari ini dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak solehah satu hari nanti.
Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, dan Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 34, selamat bernikah dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Dariya, Jep & Sari
#akaun Instagram #Baby girl #bayi perempuan #Dariya Inara #Jep Sepahtu #Sari Yanti