Persembahan Taylor Swift dengan pelat British semasa anugerah Grammy semalam mengundang kemarahan.

Ini kerana peminat berasa lagu yang dinyanyikan “We Are Never Ever Getting Back Together” dengan empat ayat terakhir dengan pelat British.

Menurut peminat kumpulan penyanyi lelaki “One Direction”, lagu dengan sengaja ditujukan kepada bekas teman lelakinya Harry Styles yang merupakan salah seorang ahli One Direction.

Pelbagai jenis ugutan dan kritikan keras dilemparkan kepada penyanyi berusia 23 tahun ini menerusi laman sosial Twitternya.

Antara twit yang mencuri perhatian mengenai Swift adalah penyanyi itu sentiasa menyanyikan lagu yang ditujukan kepada teman lelakinya.

Sementara itu, peminat fanaktik Harry berharap Swift meninggalkan dunia hiburan selepas persembahan yang disifatkan sebagai memalukan dan teruk.

Dalam pada itu Swift tidak memberi sebarang respon terhadap kritikan terhadapnya.

Sebaliknya Swift gembira dengan pencapaiannya di Grammy apabila membawa satu anugerah untuk lagu “Safe And Sound”.