Penyanyi pop, Taylor Swift akan memulakan konsert jelajah musim panasnya.

Konsert dimulakan dengan bandar Omaha di Nebraska Amerika Syarikat pada Rabu malam.

Sepanjang jelajah konsertnya itu, Swift menyanyikan lagu-lagu dari album terbarunya 'Red' dan antara yang menjadi siulan ialah "I Know You Are in Trouble"

Selain itu, penyanyi remaja berkenaan akan mendendangkan lagu-lagu lama yang menjadi kegemaran peminatnya ketika konsert.

Swift popular dengan lagu "You Belong To Me” dan “We Are Never Getting Back Together".

Konsert jelajah akan ditamatkan di Nashville, Tennessee iaitu kampung halaman Swift.