Sabar menanti!

Peminat yang selama ini menunggu tentang status perkahwinan pasangan popular ini bakal mendapat kepastian jika mereka benar-benar sudah bernikah.

Spekulasi kisah cinta pasangan popular, Nur Fazura dan Fattah Amin bakal terjawab petang ini dalam satu sidang media yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini petang ini.

Sidang media khas petang ini dijangka akan bermula lewat gara-gara penangguhan ketibaan pesawat yang dipercayai dinaiki oleh Fattah, Fazura dan rombongan keluarga mereka dari Arab Saudi.

Sistem pendidikan harus disesuaikan dengan aspirasi negeri Sarawak ke arah ekonomi digital,  “Anda tidak boleh hanya membuat sasaran tanpa ada hala tuju. Ia hanya boleh dicapai menerusi pendidikan,” jelas Tun Musa Hitam samasa menjadi ahli panel Agenda AWANI Khas sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIFE) di Kuching.  Katanya beliau teruja melihat maklum balas anak-anak muda semasa persidangan berlangsung yang mencerminkan transformasi digital ekonomi Sarawak kini berada pada landasan yang tepat.  Kuching buat pertama kali menjadi tuan rumah WIEF yang bertemakan Perubahan Disruptif: Impak dan Cabaran.  Fokus perbincangan terarah kepada isu perubahan perdagangan dan teknologi distruptif.  Tema ini juga bertepatan dengan sasaran Sarawak untuk mentransformasikan ekonominya ke arah ekonomi digital. Sistem pendidikan harus disesuaikan dengan aspirasi negeri Sarawak ke arah ekonomi digital,  “Anda tidak boleh hanya membuat sasaran tanpa ada hala tuju. Ia hanya boleh dicapai menerusi pendidikan,” jelas Tun Musa Hitam samasa menjadi ahli panel Agenda AWANI Khas sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIFE) di Kuching.  Katanya beliau teruja melihat maklum balas anak-anak muda semasa persidangan berlangsung yang mencerminkan transformasi digital ekonomi Sarawak kini berada pada landasan yang tepat.  Kuching buat pertama kali menjadi tuan rumah WIEF yang bertemakan Perubahan Disruptif: Impak dan Cabaran.  Fokus perbincangan terarah kepada isu perubahan perdagangan dan teknologi distruptif.  Tema ini juga bertepatan dengan sasaran Sarawak untuk mentransformasikan ekonominya ke arah ekonomi digital.
Ini adalah status penerbangan pesawat Saudi yang dipercayai dinaiki oleh Fattah Amin dan Fazura dari flightstats.com

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang menyatakan pasangan itu sudah bernikah sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada 15 November lalu.

BACA: Spekulasi bakal terlerai, sidang media khas Fattah Amin dan Fazura 23 Nov ini

BACA: Tiada permohonan nikah daripada Fattah Amin & Fazura - Jabatan Agama Islam

Pasangan ini mula rapat selepas digandingkan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella, yang disiarkan pertengahan tahun ini.

Nota: Saksikan secara langsung 'Sidang Media Khas Fattah Amin dan Fazura' melalui platform Astro AWANI (www.astroawani/live-tv) pada pukul 5.30 petang, FB Live jam 5.45 petang dan di Saluran 501 (Astro AWANI) sebaik sahaja sidang media bermula. Tonton!