BERMULA hari ini, filem terbaharu kumpulan pelawak legenda iaitu "Jaga-Jaga Senariounion" ditayangkan.

Ramai peminat, khususnya yang mengikut rapat perkembangan Senario daripada awal dahulu, sudah lama dan tidak sabar menantikan tayangan filem tersebut.

Keterujaan luar biasa itu terbukti apabila ramai peminat meluahkan rasa teruja mereka di media sosial.

Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.

Malah, ramai di antara mereka yang meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengarah Aziz M Osman kerana merealisasikan permintaan menggabungkan kembali pelawak-pelawak ‘legend’ tersebut.

Sekadar info, kisah "Jaga-Jaga Senariounion" bermula di hari majlis pernikahan anak Datuk Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.

Semuanya menjadi teka-teki.

Anda boleh melanggan dan saksikan "Jaga-Jaga Senariounion" Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.


*Artikel asal di Gempak