Tom Cruise bersabung nyawa lompat 25,000 kaki!

Faiq Chong
Jun 4, 2018 13:07 MYT
Tom Cruise melakukan aksi lasak dengan melakukan lompatan HALO di angkasa setinggi sekitar 25,000 kaki dan merupakan pelakon pertama yang melakukan aksi lompatan berbahaya itu. Gambar - Facebook.com/Tom Cruise
TOM Cruise kembali menampilkan aksi lasak dan lincahnya dalam mengharungi misi mustahil dalam siri filem perisikan terkenal yang keenam, Mission: Impossible – Fallout.
Tom Cruise, 55 tahun, yang memegang watak yang besar sebagai ejen perisikan kebangsaan diberikan tanggungjawab menyelesaikan kes berprofil tinggi secara berpasukan dan agak mustahil untuk diselesaikan.
Namun, Tom yang diberi watak sebagai Ethan Hunt dianugerahkan adrenalin yang sangat kencang hinggakan sanggup meredah segala misi yang getir hinggakan menanggung risiko maut.
Jika anda peminat tegar, setiap siri dalam filem Mission: Impossible ini sentiasa memaparkan satu aksi yang sangat lasak dan sememangnya mencabar adrenalin.

Check out the new poster for #MissionImpossible Fallout. pic.twitter.com/kZCfmmyqud

— Tom Cruise (@TomCruise) May 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kali ini, Tom dalam misi Fallout berdepan cabaran mengharungi langit beraltitud tinggi dengan melakukan aksi lompatan high-altitude, low-opening (HALO).
Ini menjadikan beliau pelakon pertama yang melakukan aksi berbahaya itu.
Lompatan HALO adalah salah satu taktik tentera dalam melakukan lompatan daripada kapal terbang tentera atau dikenali sebagai air-dropping untuk menuju ke wilayah yang tertutup secara tidak dikesan.
Taktik tentera itu diasaskan oleh Angkatan Udara Amerika Syarikat (US Air Force) sekitar tahun 1960-an dan sememangnya taktik ini bertujuan untuk perisikan.
Walaupun Cruise sangat terkenal kerana melakukan aksi lasak melalui siri filem ini, cuma kali ini ianya seperti tidak masuk akal untuk Cruise melakukannya kerana aksi lompatan HALO adalah di luar jangkaanya.

Halo jump #MissionImpossible Fallout pic.twitter.com/ubDmpZLoQY

— Tom Cruise (@TomCruise) June 2, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lompatan HALO yang standard dilakukan di antara 15,000 hingga 35,000 kaki, iaitu purata lima batu dari aras laut dan ia memerlukan latihan yang sangat intensif dan khusus agar pelompat sekurang-kurangnya dapat bersedia untuk mengalami lekuk (bend) atau hipoksia, iaitu keadaan yang mengalami kehilangan bekalan oksigen yang mencukupi di peringkat tisu.
Jadi, aksi lompatan ini bukan sekadar lompatan biasa namun adalah satu lompatan luar biasa dan bukanlah satu aksi yang orang biasa boleh mencuba kerana ianya tidak dapat membandingkan persamaan dengan aktiviti skydiving yang dilakukan hanya sekitar 13,000 kaki.
Aksi lasak ini yang berbahaya dan tidak boleh memberikan ruang kesilapan dan ralat untuk melakukannya, lebih-lebih lagi untuk tujuan penggambaran, namun Cruise tetap semangat untuk melakukannya dan sangat teruja untuk penonton melihat aksi lasaknya dalam siri filem terbaru itu.

Dropping in. Summer 18. #MissionImpossibleFallout pic.twitter.com/QV0ruZyVbi

— Tom Cruise (@TomCruise) March 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mission: Impossible merupakan filem bersiri mengenai perisikan yang diterajui oleh Cruise yang memegang watak utama sebagai ejen perisikan Impossible Missions Force (IMF).
Siri filem ini bermula pada tahun 1996 dan kini ia merupakan senarai ke-20 filem siri yang memiliki pungutan kasar tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak $2,778,977,995 (RM11 billion).
Kepada peminat Cruise yang ingin melihat aksi lasak terkininya di udara dan juga yang mengikuti filem bersiri perisikan ini, jangan lupa untuk menonton siri terbaru arahan Cristopher McQuarrie, Mission: Impossible – Fallout yang bakal ditayangkan di panggung sekitar Julai tahun ini!
#Amerika Syarikat #filem #Hollywood #Mission Impossible #perisikan #Tom Cruise