Tom Cruise tak tahu boleh tonton p*rno di internet

Gempak
Julai 20, 2023 16:36 MYT
Dalam wawancara dengan Late Night with Seth Meyers, Rogan mendakwa menjadi individu yang bertanggungjawab menyedarkan Cruise tentang pornografi di internet. - Gambar Gempak
Tom Cruise kini menghangatkan dunia menerusi francais filem fenomenanya, Mission Impossible.
Di sebalik banyaknya laporan mengenai kejayaan filem tersebut, ada satu kisah yang mungkin kurang masuk akal telah dikongsikan komedian Seth Rogan.
Dalam wawancara dengan Late Night with Seth Meyers, Rogan mendakwa menjadi individu yang bertanggungjawab menyedarkan Cruise tentang pornografi di internet.
Kata Rogan, Cruise tidak pernah tahu material porno atau filem dewasa boleh ditonton dengan bebas di internet.
“Cruise tidak pernah sedar dan tahu porno wujud dan boleh ditonton melalui internet.
“Dia tidak tahu ia wujud,” kata Rogan seperti dilaporkan LadBible Menu.
Dia memberitahu tidak sedar bagaimana topik tersebut menjadi perbicaraan mereka.
“Saya datang melawat dia di set penggambaran Knocked Up dan kami berbual sehingga bercakap tentang pornografi di internet.
“Dan Cruise terkejut apabila saya mengatakan tentang menontonnya (porno) secara online.
“Dia bertanya kepada saya ‘tunggu, apa?’” kenangnya. - Gempak
#porno #Tom Cruise #Knocked Up #Internet