PELAKON Tony Eusoff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaharu lakonannya, Penunggang Agama 2 yang berada di platform Astro First pada 19 Oktober ini. 

Tony yang memegang watak sebagai seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highlands, Father Michael memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.

Selain Tony, filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap filem terbaharu arahan Syafiq Yusof berkenaan. 

Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar menyaksikan kesudahan filem Penunggang Agama yang terdahulu.

Artikel asal ini diterbitkan di portal Gempak.