Treler filem 'Spider-Man: Far From Home' mula bergayut di internet!

Yuzir Harafi
Januari 16, 2019 03:34 MYT
Treler filem 'Spider-Man: Far From Home' kini boleh dilayari di YouTube.
PENANTIAN peminat tegar adiwira labah-labah, Spider-Man, untuk menonton treler filem 'Spider-Man: Far From Home' akhirnya telah terjawab apabila Sony melancarkan treler filem itu di YouTube dan kini sedang trending.
Filem ini adalah filem sekuel kepada filem 'Spider-Man: Homecoming' dan menampilkan sut klasik dan juga sut baharu Spider-Man.
Apa yang istimewanya bagi filem ini, tiada Iron-Man yang biasanya menjadi mentor kepada beliau tetapi ada watak lain yang turut serta bagi pengembaraan Spider-Man kali ini.
Menampilkan Tom Holland sebagai Spider-Man dan juga Jake Gyllenhaal sebagai Mysterio, pasti filem ini akan menjadi antara filem terbesar tahun ini.
'Spider-Man: Far From Home' dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 5 Julai 2019.
#far from home #filem #Spider-Man #Spiderman #trailer #treler filem