KAGUM dengan kesungguhan Profesor Madya Dr Soo Wincci yang gigih berpuasa di bulan Ramadan setiap tahun.
Dalam keterujaan seluruh umat Islam menyambut bulan mulia, selebriti popular yang juga Miss World Malaysia 2008 ini turut tidak mahu ketinggalan menjalani amalan puasa ini bersama-sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menariknya, tahun ini merupakan tahun ke-12 Wincci berpuasa!
Dua belas tahun nyata bukan tempoh singkat dan kemampuan Wincci menahan lapar dan dahaga selama sebulan membuktikan sikap komited jelitawan ini terhadap sesuatu perkara.
Pastinya Wincci merasai kelebihan berpuasa itu sendiri hingga sanggup meneruskan amalan berkenaan lebih sedekad.
Turut bersahur awal pagi sebelum masuk waktu Subuh dan berbuka puasa pada waktu Maghrib, Wincci yang bakal menginjak usia 38 tahun turut mengajak peminat bersahur secara online bersama-sama.
Demi memastikan tidak terlewat masa untuk bersahur dan berbuka, Wincci turut memuat naik jadual waktu solat bulan Ramadan 1444 Hijrah 2023 Masihi bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di media sosial miliknya.
Mengikuti perkembangan kerjayanya, Wincci pada April tahun lalu memulakan tugas sebagai pensyarah serta pengkaji kedoktoran di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kesungguhan Wincci berpuasa ini nyata mendapat reaksi positif daripada peminat khususnya mereka yang beragama Islam.
Atas semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia, dia secara sukarela mahu ‘meraikannya’ bersama.
Prof Madya Dr Soo Wincci memang tidak pernah lelah menyuntik inspirasi kepada masyarakat. Selain memiliki peribadi yang baik, dia juga wanita pintar dan berjiwa besar.
Sebelum ini namanya terpahat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya mencipta dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak. -Nona
Nona
Fri Mar 24 2023
Dua belas tahun nyata bukan tempoh singkat dan kemampuan Wincci menahan lapar dan dahaga selama sebulan membuktikan sikap komited jelitawan ini terhadap sesuatu perkara. -Nona
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Turut sahur dan berbuka, dah 12 tahun Soo Wincci berpuasa di bulan Ramadan
Pastinya Wincci merasai kelebihan berpuasa itu sendiri hingga sanggup meneruskan amalan berkenaan lebih sedekad.
Miss World Malaysia pertama bergelar Prof Madya, Dr Soo Wincci dapat pengiktirafan MBOR
Bergelar pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Soo Wincci berkata pengorbanan dan jerih perihnya selama ini berbaloi.
Rusuhan Barcelona: Warga Malaysia disaran berjaga-jaga - Soo Wincci
Warga Malaysia, terutamanya komuniti pelajar harus akur dengan arahan pihak berkuasa mengenai situasi di wilayah berkenaan, kata Juara Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci.
Tamat pengajian di Sepanyol, Dr Soo Wincci cipta rekod lagi!
Wincci turut mencipta sejarah peribadi untuk Malaysia apabila sekali lagi tersenarai untuk mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).
Soo Wincci terima anugerah sarjana kedua di Sepanyol
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon iaitu Soo Wincci yang difahamkan memegang sarjana kedua, hari ini di Sepanyol.
Soo Wincci mahu rakam album Melayu
Bekas Ratu Cantik ini akui bukan mudah untuk menyanyi dalam pelbagai bahasa namun bersyukur kerana mula diterima di pasaran Taiwan.