Jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengalami kerugian kira-kira RM100,000 apabila produk jualannya mengalami kerosakan setelah khemah di gudang penyimpanan barang di Jelapang 2 di sini, roboh akibat ribut yang melanda semalam.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata semasa kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, 10 orang pekerja yang berada di khemah tersebut sedang membuat kerja manakala beliau dalam perjalanan ke gudang tersebut.
"Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan.
"Pekerja saya yang berada di khemah sempat menyelamatkan diri, namun barang yang banyak di khemah seperti skincare, produk minuman, tidak dapat diselamatkan dan rosak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya, beberapa cermin serta bumbung di gudang yang telah beroperasi setahun lebih itu turut mengalami kerosakan kerana terkena besi khemah berkenaan.
Beliau berkata angin kuat selalu berlaku di kawasan tersebut, namun kejadian seperti itu adalah yang pertama dan beliau menganggap ia adalah ujian daripada Allah.
"Walaupun kejadian itu berlaku pelanggan tetap memberi sokongan dan datang ke gudang membeli produk saya," katanya.
Menurut Datuk Seri Vida, produk jualan yang diletakkan di khemah tersebut adalah untuk promosi jualan murah yang dibuat selama tiga hari sejak Jumaat lepas.
Hujan lebat pukul 3.30 petang semalam menyebabkan kira-kira 20 rumah di Gugusan Manjoi di sini, mengalami kerosakan teruk dan ada penduduk yang terpaksa dipindahkan sementara ke surau Kampung Kolam.
Kejadian ribut juga melanda di kawasan Bagan Serai dengan enam rumah di Kampung Pusat Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Bukit Merah mengalami kerosakan teruk, manakala 10 lagi rosak di bahagian bumbung.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 07 2019
DATUK SERI VIDA: Semalam hujan lebat dan tiba-tiba angin kuat sehinggakan khemah di gudang roboh dan menghempap barang jualan. -Instagram
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.
Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.
Big Stage 2022: Tiada penyingkiran, semua peserta mara ke minggu seterusnya
Ketiga-tiga peserta itu berada di tangga tiga terbawah apabila mendapat markah paling rendah berdasarkan persembahan mereka untuk minggu ini.