KUALA LUMPUR: Tiada apa yang membahagiakan dan menggembirakan pelakon terkenal, Vanidah Imran selain diizinkan oleh Allah untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri.
Ucapan syukur tidak henti-henti dipanjatkan Vanidah sebaik Arifabillah Idris melafazkan akad sekitar pukul 12.12 tengah hari tadi menandakan rasmi sudah mereka kini sebagai suami isteri.
Vanidah, 49, dan Arifabillah, 43, disatukan dalam satu majlis yang sederhana namun penuh bermakna yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.
Kata Vanidah, dia bersyukur kerana ditakdirkan bertemu jodoh dengan Arifabillah, yang juga seorang jurutera serta pesilat negara.
“Aturan Allah itu sangat indah. Semuanya berjalan dengan mudah dari saat kami berkenalan, rapat sehinggalah memasuki fasa saling memahami bahawa hati kami sudah bertaut antara satu sama lain. Hari ini, rasmi sudah saya menjadi isterinya. Saya benar-benar bersyukur,” kata Vanidah kepada Astro AWANI.
Majlis pernikahan Vanidah dan Arifabillah dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa di sini, hari ini.
Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Aktres itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.
Dalam majlis akad nikah itu, Vanidah mengenakan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dan solekan oleh Syed Faizal.
Menyedari untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri sekali lagi bukan sesuatu yang mudah, namun, restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, hasrat itu dipermudahkan.
"Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.
"Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,” ujarnya lagi.
Kata Vanidah, sejujurnya dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.
Jelas Vanidah, dia dan suaminya, berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama serta dikurniakan anak, justeru, persefahaman lebih mudah dicapai.
"Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.
"Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pasangan itu juga akan diraikan dalam satu majlis resepsi malam ini khusus untuk kaum keluarga terdekat dan rakan-rakan karib mereka.
Sementara itu, Arifabillah turut memanjatkan kesyukuran kerana niat dia dan Vanidah untuk menghalalkan hubungan mendapat restu keluarga.
"Alhamdulillah, syukur pada Allah segala-galanya berjalan lancar. Doakan perkahwinan kami diberkati dan akan kekal sehingga ke akhir hayat kami," ujarnya.
Sebagai pasangan yang matang dan berpengalaman melalui kegagalan dalam perkahwinan pertama, harapan Arifabillah, penyatuan dia dan Vanidah akan membuahkan kebahagiaan berpanjangan.
Arifabillah juga menegaskan, dia tidak akan sesekali menyekat Vanidah daripada meneruskan kerjaya seninya.
"Saya harus menghormati dan memahami kerjaya seninya. Saya juga yakin isteri saya tahu apa keutamaan dalam hidupnya. Justeru, saya akan terus memberi sokongan kepadanya," ikrfar Arifabillah.
Saharudin Musthafa
Thu Jul 07 2022
Vanidah Imran dan Arifabillah Idris disatukan sebagai suami isteri dalam majlis sederhana di Kuala Lumpur hari ini.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
AWANI 7:45 [19/04/2024] – Perang Iran-Israel | Gaji baharu penjawat awam | Cubaan seludup dadah tumpas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkembangan terbaharu perang Iran-Israel, Israel membisu pascaserangan
- Kerajaan teliti situasi di Iran, kemungkinan bawa keluar rakyat Malaysia
-Tambah baik gaji penjawat awam, tunggu hari pekerja, kata PM
- Buang beras? Sebenarnya beras sudah rosak
#AWANInews
Perjuangan demi perpaduan, MA63 bersama Joseph Kurup sentiasa diingati - Fadillah
Perjuangan demi mengukuhkan perpaduan negara dan merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama mendiang Tan Sri Joseph Kurup adalah antara kenangan abadi yang akan sentiasa diingati.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
PHAM 2024 melabuhkan tirai, kini tiba masanya bertindak!
Sidang Kemuncak Kesihatan Planet Dan Mesyuarat Ke-6 (PHAM 2024) melabuhkan tirainya selepas empat hari dengan tambahan pra sidang diadakan di Universiti Sunway, Petaling Jaya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
Sesi yang menghimpunkan peserta dari pelbagai latar belakang itu berjaya merapatkan jurang perbincangan antara pakar dari serata pelusuk dunia, sekali gus membawa lima harapan untuk penganjuran edisi seterusnya.
10 Suspek ditahan bawah Sosma, 28 hari tanpa perbicaraan
Sepuluh individu termasuk tiga lelaki warga asing yang ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki Israel Shalom Avitan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) .
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break the siege of Gaza Freedom Flotilla ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan peperangan antara Iran-Israel.
Kapasiti empangan, sungai di Selangor masih pada tahap tinggi
Takungan air di semua tujuh empangan di Selangor dilapor berada pada kapasiti baik melebihi 73 peratus setakat semalam.
BN hanya dapat peruntukan RM100,000 masa jadi pembangkang - Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Ahli Parlmen dari Barisan Nasional (BN) hanya menerima peruntukan RM100,000 ringgit sewaktu jadi pembangkang.
Wakili Malaysia di Korea, Vanidah Imran berdebar tunjuk aksi silat
Vanidah bersama 19 peserta lain bakal mewakili Malaysia dan bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara lain.
Tidak ada perbezaan, cuma bergerak sendirian - Rashidi Ishak
Tambah Rashidi dia akan sentiasa bersama anak-anak jika mereka memerlukan seorang ayah.
Ida Nerina & rakan arah filem untuk Ikal Mayang
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2013, WOMEN:girls bakal mengetengahkan cerita-cerita wanita yang disampaikan menerusi siri filem pendek.