Selepas lima pasangan Pelamin Fantasia diberikan tugasan untuk menghasilkan sendiri video pra-perkahwinan mereka, salah satu daripadanya telah mencuri perhatian para penonton.

Video pra-perkahwinan pasangan Syawal dan Fiqa telah mendapat lebih 33 ribu ‘views’ selepas Astro Gempak memuat naik hasil kreativiti pasangan ini pada Khamis.

Kebanyakan penonton yang melihat video penternak lembu dan Fiqa, gadis OKU yang cacat pendengaran dan bisu memberi komen positif.

Tidak kurang juga yang tersentuh dengan jalan cerita dihasilkan pasangan ini kerana mereka terpegun dengan keihklasan Syawal yang sanggup menerima kekurangan pasangannya itu.

KLIK VIDEO

Kebanyakan pemberi komen mahu melihat pasangan itu menjadi juara pertama program realiti ini.

Imbas kembali, ketika tugasan untuk menghasilkan video pra-perkawinan diberikan, lima pasangan iaitu Azrif & Erin, Farhan & Ayu , Hillas & Asmidar , Syawal & Fiqa serta Fadly & Diana bertungkus-lumus mencurahkan idea untuk mengabadikan visual paling kreatif.

Namun, nasib tidak menyebelahi pasangan Farhan dan Ayu apabila mereka disingkirkan pada minggu tersebut (minggu ke-enam).

Pada minggu ini Pelamin Fantasia telah pun tiba pusingan Separuh Akhir dan bakal menyaksikan 3 lagi pasangan iaitu Syawal & Fiqa, Hillas & Asmidar serta Fadly & Diana merebut tempat ke pusingan seterusnya selepas Azrif & Erin meninggalkan mereka semua pada minggu ke-tujuh.

Pasangan manakah yang bakal mendapat pakej tajaan perkahwinan sebanyak RM100, 000? Saksikan Pelamin Fantasia pada Sabtu dan Ahad ini, jam 9 malam secara ekslusif di Astro Ria (104) dan Maya HD (135).