X dilapor susut nilai lebih 71% berbanding harga pembelian Elon Musk

Amanz
Januari 3, 2024 04:13 MYT
Fidelity menilaikan saham X telah kehilangan nilai sebanyak 71.5% berbanding ketika harga jualan. -Gambar fail/Twitter Elon Musk
ELON Musk telah membeli Twitter pada tahun lepas pada nilai mencapai $44 bilion.
Namun, sejak daripadanya, pelbagai perubahan telah dilakukan pada platform tersebut, sehinggalah penjenamaan semula kepada X.
Terbaharu, melalui perkongsian Fidelity, mereka menilaikan saham X telah kehilangan nilai sebanyak 71.5% berbanding ketika harga jualan.
Untuk makluman, Fidelity telah melabur sekitar AS$300 juta ketika pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk sebelum ini.
Berdasarkan penilaian persendirian yang dilakukan oleh Fidelity ini, ia sekali gus membawa nilai X pada hari ini sekitar AS$13 bilion – yang mana merupakan kehilangan yang agak tinggi untuk syarikat teknologi.
Sebelum ini, beberapa pengiklan telah menarik diri dari mengiklan pada platform tersebut, selain pencipta kandungan yang telah beralih ke platform terbuka seperti Mastodon, Bluesky, dan Threads. -Amanz
#Elon Musk #Twitter #X #Mastodon Bluesky dan Threads #susut nilai