KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Yasmin Hani mengesahkan dia dan suaminya, Shahrin Razali sudah bercerai.

Melalui kemas kini di Instagram, pelakon drama The Hotel itu memberitahu dia dan Shahrin bersetuju memulakan perjalanan hidup baharu secara berasingan.

"Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

"Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.

"Kami masih rapat kami kami tetap ibu dan bapa kepada Noah dan Eissa. Moga ruang privasi ini terus dihormati," tulisnya.

Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Shahrin, bekas pemain dram Blackrose, pada 2011.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.