669 daripada 1,281 sekolah tahfiz akan diperiksa, dibaik pulih dan mendapat penyelenggaraan teknikal elektrik oleh pasukan teknikal GiatMara untuk tahun ini.
Selebihnya, 612 sekolah tahfiz lagi akan mendapat penambahbaikan yang sama bermula Januari tahun depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata kerja pembaikan ini bukan sahaja untuk sekolah tahfiz berdaftar tetapi juga untuk yang tidak berdaftar.
"Kami mengalakkan semua sekolah tahfiz untuk berdaftar, tetapi ini soal keselamatan.
"Tidak kira sekolah itu berdaftar atau tidak, GiatMara akan melaksanakan penyelenggaraan pendawaian kerana kami tidak mahu tragedi berulang," kata Ismail Sabri selepas membuat lawatan ke dua sekolah tahfiz di Bentong bagi melihat kerja pembaikan tersebut.
Jelasnya lagi, terdapat tiga pihak yang akan memberi pengesahan terhadap kelulusan proses penyelenggaraan, iaitu Jabatan Bomba, GiatMara dan Jabatan Agama Islam.
"Saya harap pihak di luar sana tidak perlu bimbang apabila kita buat kerja pembaikan seperti pendawaian dan sebagainya.
"Ia adalah selamat dan akan disahkan oleh tiga pihak yang mempunyai kepakaran, dua dari segi teknikal dan satu daripada jabatan agama sendiri," katanya.
Menurut Ismail Sabri, fasa pertama kerja baik pulih sekolah tahfiz bagi tahun ini adalah di bawah peruntukan bajet RM30 juta oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Ekonomi (ICU).
Sementara itu, fasa kedua yang bermula tahun depan pula adalah di bawah peruntukan bajet RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober lalu.
Selain itu, RM40 juta turut diperuntukkan untuk membangunkan Skim Latihan Kemahiran khusus untuk pelajar tahfiz.
Katanya, skim ini sekali gus membuka peluang untuk pelajar meneroka bidang lain seperti teknologi, pembaikan kereta, elektrik dan memasak.
Dania Zainuddin
Wed Nov 22 2017
Jelasnya lagi, terdapat tiga pihak yang akan memberi pengesahan terhadap kelulusan proses penyenggaraan, iaitu Jabatan Bomba, GiatMara dan Jabatan Agama Islam.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Polis kenal pasti identiti sebenar mangsa maut kemalangan bas
Polis mengesahkan terdapat ralat berkaitan identiti seorang mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan sebuah bas terbabas di Kilometer 51.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Pelaburan tak wujud: 15 lelaki didenda RM10,000
Majistret turut memerintahkan kesemua tertuduh berumur 17 hingga 31 tahun itu dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
RMK12 : PDRM mohon peruntukan RM5.1 bilion
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon peruntukan sebanyak RM5.1 bilion dalam rancangan boleh pinda keempat Rancangan Malaysia Ke-12.
Pahang catat hasil negeri RM911 juta setakat Sept - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang berjaya mencatat kutipan hasil negeri RM911 juta setakat September tahun ini.
Tanah mendap di KM66.1 Lebuh Raya KL-Karak, laluan ditutup sementara
Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak arah timur dan barat ditutup sementara susulan kejadian tanah mendap di Kilometer 66.1 lebuh raya tersebut.
Bas ekspres bawa 42 penumpang terbakar
Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.
Lelaki OKU direman tujuh hari dipercayai bunuh bapa
Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes seorang warga emas berusia 64 tahun yang ditemui mati di sebuah flat.
Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras semasa mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.
Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands
Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong hari ini.
Tong gas meletup dalam kereta
Tiada kemalangan jiwa atau kebakaran berlaku di lokasi. Bagaimanapun kenderaan terbabit terjejas teruk.