KUALA LUMPUR: Seramai 1,340 individu dilaporkan tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara semalam (Jumaat) dan kesemua mereka dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia menjadi secara kumulatifnya, seramai 155,390 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai 2020.

Kesemua ditempatkan di 80 hotel dan lapan Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Berikut lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri: 

1.  Seramai 80 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 79 individu dikompaun manakala satu direman semalam.

2.  Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dan enam buah kenderaan darat serta sebuah bot/kapal dirampas dalam Operasi Benteng.

3.  Seramai 1,340 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara pada Jumaat.

4. PKPD di Lokap Tahanan PATI Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika dan Lokap Tahanan PATI Jabatan Imigresen Malaysia Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru bermula  28 Mac sehingga 10 April ini.

5. PKPD di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah pada 28 Mac, ditamatkan seperti yang dijadualkan.