1,480 pelajar dihantar pulang ke Sabah dan Kuala Lumpur 26 Mei ini

Fareez Azman
Mei 23, 2020 08:37 MYT
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya. Gambar fail
Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP bersetuju mempercepatkan proses penghantaran pulang pelajar ke Sabah dan Sarawak pada 26 Mei depan.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas mengambil kira keresahan ibu-bapa terhadap anak mereka yang terkandas di kampus.
"Oleh sebab itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju untuk mempercepatkan proses penghantaran pulang pelajar yang masih berada di kampus dari 28 Mei kepada 26 Mei 2020.
"Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad telah berbincang dan mendapat persetujuan pihak Malaysia Airlines untuk menyediakan penerbangan untuk menghantar pelajar pulang," katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Seramai 1,148 pelajar dijadualkan pulang menaiki empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu manakala 332 pelajar menaiki dua penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur.
Jelasnya, setiap pelajar telah menjalani saringan kesihatan seperti ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Kuching #Malaysia Airlines #Media #Menteri Kanan Keselamatan #pelajar #pulang #Putrajaya