KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,830 kes sembuh COVID-19 dicatatkan hari ini, dengan angka keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 304,492 kes.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

1. Sebanyak 1,470 kes positif baharu dikesan hari ini menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 322,409 kes.

2. Kes aktif di seluruh negara ketika ini ialah 16,711.

3. Selangor mencatatkan kes tertinggi itu 551 kes diikuti Sarawak sebanyak 222 dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes.

4. Sementara itu, tiga lagi kematian, kesemuanya membabitkan warganegara dicatatkan hari ini.

5. Dua kluster baharu turut dikenal pasti hari, membabitkan daerah Johor Bahru dan Kuala Lumpur.