Pendaftaran 10,000 haiwan peliharaan di negara ini adalah bukti rakyat Malaysia bersifat penyayang kepada haiwan demi melindungi binatang kesayangan mereka, termasuk ular dan beruk.
Mereka mendaftarkan binatang kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mendapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia atau pasport haiwan, iaitu sistem mikrocip bersaiz kecil, yang ditanam di bawah kulit haiwan melalui suntikan.
Pegawai Veterinar Seksyen Kawalan dan Pembasmian Penyakit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zawida Zahari berkata sejak sistem itu diperkenalkan pada 2010, jumlah pendaftaran meningkat sekali ganda kepada 2,000 pendaftaran direkodkan pada 2014 berbanding 1,000 pendaftaran pada tahun-tahun sebelumnya.
"Kesedaran terhadap pemilikan pasport haiwan semakin meningkat berikutan kepekaan orang ramai untuk menjadi lebih bertanggungjawab melindungi haiwan kesayangan mereka selain membantu mengesan haiwan itu sekiranya hilang," katanya kepada Bernama di sini.
Menurutnya pasport haiwan merupakan satu dokumen rasmi kerajaan yang hanya dikeluarkan setelah haiwan peliharaan didaftarkan melalui jabatan itu atau veterinarawan bertauliah, yang berdaftar.
Dr Zawida berkata berdasarkan rekod semasa ramai pemilik datang untuk mendaftarkan haiwan peliharaan mereka seperti anjing, kucing, kuda dan arnab, serta yang terbaru adalah ular dan beruk pada kadar RM30 setiap pendaftaran.
Beliau berkata pasport haiwan penting kerana ia membolehkan pemilik haiwan mengumpul semua maklumat yang diperlukan mengenai haiwan itu di dalam satu dokumen.
"Haiwan yang didaftar diberikan mikrocip bersaiz kecil. Mikrocip itu unik hanya untuk haiwan itu sahaja dan pemilik akan dapat satu pasport haiwan kesayangan mereka yang mengandungi nombor mikrocip, maklumat tentang haiwan dan pemilik berserta gambar haiwan itu," katanya.
Selain maklumat penting mengenai kesihatan haiwan kesayangan direkod di dalam satu buku sahaja, pendaftaran pasport haiwan turut memudahkan kawalan penyakit sekiranya berlaku wabak berpunca daripada jenis haiwan yang dipelihara.
"Terdapat beberapa buah negara seperti di Amerika dan Eropah yang memerlukan pelancong mengemukakan pasport haiwan apabila membawa masuk haiwan peliharaan ke negara mereka.
"Ia memudahkan untuk pegawai di sempadan atau di pintu masuk sesebuah Negara untuk mengesahkan kesihatan dan rekod imunisasi haiwan kesayangan anda," katanya.
Bernama
Thu Dec 24 2015
Pasport haiwan dikatakan penting kerana ia membolehkan pemilik haiwan mengumpul semua maklumat yang diperlukan mengenai haiwan itu di dalam satu dokumen. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan itu didapati bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba
CUACA PANAS: HAIWAN JUGA BERISIKO KENA STROK HABA
Hotel kucing jadi rebutan menjelang cuti Aidilfitri
Ada yang membuka tempahan lebih awal dan penuh sebelum Ramadan lagi.
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
Gangguan 'agenesis'... Kali pertama kucing tanpa jantina ditemui!
Keadaan yang dialami kucing bernama Hope itu disebut agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang.
China berjaya hasilkan serigala artik klon pertama di dunia
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.