10,151 pekerja asing positif COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media PKP

Astro Awani
April 6, 2021 11:12 MYT
Ismail Sabri berkata, 64,307 pemeriksaan dilakukan pada Isnin bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 674,608 pekerja asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 34,932 majikan sehingga kini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 10,151 orang disahkan positif COVID-19 manakala 664,457 lagi negatif.
Berikut lima perkara penting kenyataan media beliau pada 6 April.
1) Seramai 95 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dengan 86 dikompaun, sembilan lagi direman.
2) Op Benteng tangkap tiga pendatang asing tanpa izin (PATI), rampas tiga kenderaan darat.
3) Sebanyak 257 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan pada Isnin.
4) Seramai 661 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dalam tempoh 24 jam.
5) Pada Isnin, 1,842 warga asing jalani ujian saringan, tiga orang positif COVID-19.
#ismail sabri yaakob #Kenyataan Media #SOP #ingkar #PKP #PKPB #PKPD #PKPP