KUALA LUMPUR:ANTARA pelbagai berita antarabangsa yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa 1 Disember 2020.

1) Pfizer dan BioNtech kemuka permohonan kelulusan kecemasan penggunaan vaksin di AS, Eropah

FIRMA Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, Pfizer Inc dan BioNTech telah memohon kelulusan kecemasan vaksinnya kepada Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin.

2) Lewis Hamilton positif COVID-19, terpaksa lupakan perlumbaan GP di Bahrain

Pelumba Formula One, Lewis Hamilton disahkan positif COVID-19 dan tidak akan menyertai kejohanan Grand Prix yang akan berlangsung di Bahrain hujung minggu ini.

3) Kes COVID-19 di Jakarta terus membimbangkan, Gabenor dan timbalan turut dijangkiti

JAKARTA: Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti COVID-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.

4) COVID-19: Satu bandar pandu lalu sambut hari jadi anak yatim di Texas ini

BUKAN sahaja menimbulkan impak ekonomi, COVID-19 turut memberi kesan emosi kepada mereka yang kehilangan orang tersayang susulan penularan pandemik itu.

Itu yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak lelaki di Texas, Amerika Syarikat, Raiden Gonzalez, yang kehilangan kedua-dua orang tuanya akibat COVID-19.

5) COVID-19: Angka korban hampir 1.47 juta

JUMLAH kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 kini menghampiri 1.47 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,465,963 kes.

6) COVID-19: Kes positif global lebih 63 juta

JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 63 juta.

Ini berikutan ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

7) COVID-19: Banduan merusuh, lapan maut, 50 cedera di Colombo

SEKURANG-kurangnya lapan banduan maut dalam penjara di Sri Lanka selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan bagai mengawal rusuhan.

Menurut pihak berkuasa, 50 banduan lain cedera, sementara dua anggota pengawal juga dilaporkan kritikal.

8) Pentadbiran Joe Biden bakal dianggotai ramai wanita, orang kulit berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita

9) Pembunuhan empat mangsa di Sulawesi Tengah berniat memecah belah rakyat - Jokowi

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo pada Isnin mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan empat penduduk tempatan oleh pihak yang dipercayai militan Daish.

10) Sistem transit kastam ASEAN percepat perdagangan barangan antara negara Asia Tenggara

Pedagang rentas sempadan di ASEAN kini boleh memanfaatkan sistem pengurusan transit kastam ASEAN dalam talian - Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS) untuk mempercepat perdagangan barangan melalui jalan darat antara negara-negara Asia Tenggara.