ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 12 Oktober 2019.

1) Dua kepala dipercayai milik mangsa dikerat lapan ditemui

Dua kepala dipercayai milik dua beranak yang dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian, Krubong.

2) Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE

olis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam satu operasi khas di beberapa negeri.

3) LTTE: CEO, Ahli Majlis PBT ditahan di Melaka di bawah SOSMA

Seorang ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang Ahli Majlis PBT negeri ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

4) "Saya tidak bantah, cuma bimbang" - Christy Ng ulas pengumuman cuti bersalin 90 hari

Usahawan Christy Ng menafikan beliau membantah langkah kerajaan meningkatkan tempoh cuti bersalin ke 90 hari, sebaliknya hanya menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib pekerja wanita.

5) Chong Wei balas jasa suntik dana RM2 juta kepada BAM, MSN

Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menyalurkan dana RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), menerusi Yayasan Lee Chong Wei.

6) Konsert BTS di Arab Saudi sukses di sebalik kritikan, kecaman

Di hadapan 30,000 peminat fanatik di King Fahd International Stadium di ibu negara Arab Saudi, Riyadh, konsert BTS melengkapkan impian dan hasrat peminat mereka.

7) Perodua Viva rempuh gerai air soya, pelanggan dan peniaga parah

Sebuah kereta dilihat meluru ke arah gerai seolah-olah tidak menekan brek sewaktu merempuh gerai tersebut lalu mencederakan peniaga dan dua pelanggannya.

8) 'Selamatkan diri dan lindungi diri anda daripada sebarang risiko' - Abe Shinzo

Taufan Hagibis dijangka membawa hujan dengan 80 sentimeter dan angin kencang yang akan menyebabkan kerosakan di sekitar Tokyo dan pantai pasifik Jepun hujung minggu ini.

9) Pelawak Kamal Chilok meninggal dunia

Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Kamal yang juga anggota kumpulan Chilok menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang Sabtu.

10) Taufan Hagibis: Dua maut, puluhan yang lain cedera

Seorang dijumpai di dalam kenderaan yang dipercayai terbalik akibat angin kencang di Tokyo, manakala seorang lagi dilaporkan terlibat kemalangan jalan raya apabila tanah runtuh di bandar Tomioka.