ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 1 November 2019.

1) Dr Mahathir tiba di Bangkok bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Berkaitan bermula 2 November (Sabtu).

2) Media Prima umum laksana penempatan keluar, kakitangan dijamin pampasan yang adil

Gergasi media tanah air, Media Prima mengumumkan bakal melaksanakan perkhidmatan penempatan keluar kepada pekerja-pekerja susulan proses penstrukturan semula syarikat itu yang dijangka selesai pada suku pertama 2020.

3) Belanjawan Selangor 2020 peruntuk RM2.33 bilion

Belanjawan Selangor 2020 membentangkan lima strategi utama selari dengan tema Selangor Negeri Unggul, Kehidupan Bermartabat.

4) Selangor umum bonus RM500 hingga tiga bulan gaji

Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 sehingga tiga bulan gaji kepada penjawat awam di negeri itu.

5) Berita Jho Low di UAE bohong semata-mata - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan laporan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, 38, yang dipercayai menetap di Emeriah Arab Bersatu (UAE) adalah tidak benar.

6) Seorang maut, 10 cedera, van terbabas langgar pokok

Seorang pemandu van warga asing maut selepas terlibat dalam kemalangan di Putrajaya awal pagi ini.

7) Positif dadah, 190 anggota polis berdepan tindakan dibuang kerja

Enam pegawai kanan adalah antara 190 anggota polis yang ditahan dalam operasi “Ops Blue Devil” yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, baru-baru ini.

8) Isteri dicerai talak 3 kerana gigi rongak

Seorang wanita diceraikan suaminya hanya kerana memiliki gigi yang tidak sempurna.

9) Kes 39 mayat dalam kontena: Polis Britain rayu suspek serah diri

Polis Britain mendesak dua suspek yang terlibat dalam kematian 39 orang yang ditemui mati dalam sebuah trak minggu lalu, supaya tampil menyerah diri.

10) Final Piala Malaysia: Alex harap Kedah mampu lakar kejutan

Bekas pemain JDT yang kini bersama Lang Merah, Mohd Azamuddin Akil, berharap Kedah dapat membuat kejutan pada final Piala Malaysia malam esok memandangkan bekas pasukannya itu memiliki barisan pemain hebat dan kuat.