ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Jumaat, 3 Januari 2020.

1) Kimanis Memilih: 14 borang pencalonan terjual

Sebanyak 14 Borang Pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis terjual setakat ini.

2) Rombak Kabinet: 'Nehi, nehi, nehi' - Jawab Saifuddin

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah enggan mengulas berkenaan ura-ura kononnya akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.

3) "Jangan takut jatuh ..." - Teo Nie Ching petik kata-kata Hamka buat Maszlee

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, hari ini memberikan ucapan selamat tinggal bersertakan pesanan kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik susulan pengumuman peletakan jawatan yang dibuatnya pada Khamis.

4) Rombak Kabinet: Mengapa saya perlu risau, kata Menteri Pelancongan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tidak risau jika berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

5) Waktu solat subuh Negeri Sembilan ditambah lapan minit

Waktu solat subuh di Negeri Sembilan ditambah lapan minit, berbanding takwim solat sedia ada berkuat kuasa Isnin hadapan, kata Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Yusof Ahmad.

6) Anak Mat Sabu diarah bela diri tuduhan dadah

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat memerintahkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad untuk membela diri berhubung pertuduhan penyalahgunaan dadah.

7) Budak perempuan 10 tahun ditemui mati tergantung pada pemegang tangga

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati tergantung di rumahnya di Bandar Damai Perdana, Cheras, Selangor, pada Khamis.

8) Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan

Seekor burung murai baka 'magpie' di Australia menjadi perhatian netizen di media sosial selepas sebuah video yang merakamkan perbuatan peliknya itu tular.

9) Warga Amerika Syarikat diarah tinggalkan Iraq serta-merta

Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat mengarahkan kesemua warga negara itu agar meninggalkan Iraq serta merta, hanya beberapa jam selepas tentera negara AS melancarkan serangan udara di lapangan terbang Baghdad dan meragut nyawa dua pemimpin kanan tentera Iran.

10) Pelakon Captain America didakwa bunuh ibu sendiri

Pelakon wanita yang punyai peranan kecil dalam filem pecah panggung Captain America: The First Avenger, Mollie Fitzgerald hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya sendiri.