ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 8 Februari 2020.

1) Koronavirus: Pesakit pernah tenat, kini pulih sepenuhnya

Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang pesakit virus novel koronavirus 2019 berjaya sembuh sepenuhnya.

2) Sajat tampil mohon maaf

Selepas lebih seminggu kontroversi pemergiannya ke Tanah Suci menjadi perdebatan, usahawan kosmetik, Muhammad Sajat Kamarul Zaman atau Sajat memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

3) Anwar sifatkan Pakatan Nasional propaganda pembangkang


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, dakwaan terdapat beberapa Ahli Parlimen dari PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyokong pakatan baharu Pakatan Nasional yang digerakan pembangkang, sebagai tidak berasas.

4) Felo Akademik UUM umum cabar Syed Saddiq

Felo Akademik Universiti Utara Malaysia, Muhammad Muzzammil hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding bagi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu nanti.

5) Tanpa pertolongan 'seorang Cina', Azizulhasni mungkin bukan juara dunia hari ini

Pemegang ranking nombor 1 keirin dunia, Azizulhasni Awang mendedahkan, kerjayanya dalam sukan lumba basikal menyerlah selepas legenda Datuk Ng Joo Ngan.

6) Pelajar wanita kolej vokasional maut, motosikal ditunggang dilanggar kereta

Seorang pelajar wanita Kolej Vokasional Bachok maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Pasir Tumbuh, di sini malam tadi.

7) Thaipusam: Kebimbangan koronavirus, petugas perubatan siap sedia

Jangkitan koronavirus yang menjadi ancaman dunia sejak kebelakangan ini tidak menjejaskan sambutan Thaipusam tahun ini.

8) Koronavirus: Pas khas untuk pelancong China di Malaysia

Visa pelancong China dari Wilayah Hubei yang masih berada di negara ini tidak akan dilanjutkan kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau tiket penerbangan.

9) Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah

Malaysia tidak akan meningkatkan tahap amaran berikutan wabak koronavirus kerana keadaan masih di bawah kawalan.

10) 5.38 juta batang rokok, 3.8 juta liter arak dirampas

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Sarawak merampas 5.38 juta batang rokok dan lebih 3.8 juta liter minuman keras selain sebuah lori dan satu unit kontena 20 kaki di sebuah gudang usang di Jalan Nyigu pada pagi Khamis.