10 kluster baharu COVID-19 dikesan hari ini - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Januari 17, 2021 11:11 MYT
Dr Noor Hisham berkata dua kluster masing-masing dikesan di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sejumlah 10 kluster baharu COVID-19 dikesan dalam negara hari ini.
Dua kluster dikesan masing-masing di Selangor, Sabah dan Kuala Lumpur, sementara masing-masing satu kluster di Labuan, Melaka, Pahang dan Johor.
Berikut merupakan perincian kluster baharu yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
KLUSTER JALAN PANDAN INDAH
KLUSTER DTI SEPANG 2
KLUSTER TAMAN IKAN JINAK
KLUSTER JALAN MAWILA
KLUSTER JALAN PERAK
KLUSTER JALAN MENERUNG
KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP
KLUSTER RANTAU LADA
KLUSTER PANTAI PERINGGIT
KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH
Selain itu, secara keseluruhan terdapat sebanyak 651 kluster telah dilaporkan termasuk 10 kluster baharu pada hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 359 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas.
"Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
"Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh (253 kes), Kluster Jalan Rantau–Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (94 kes)," katanya.
#Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #kluster baharu COVID19 #jumlah kluster