KUALA LUMPUR:Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa umat Islam menolak sama sekali amalan politik lucah termasuk fitnah zina yang muncul menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.
Mereka memberi amaran tindakan itu akan mengundang laknat yang berpanjangan dan menjerumuskan mereka yang terlibat jadi orang fasiq yang ditolak kesaksiannya.
Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Amidi Abdul Manan berkata, rakyat perlu bijak memilih cara kempen terbaik parti-parti yang bertanding dalam PRU ke-13.
"Apa yang rakyat mahu dengar dan timbangkan adalah apa yang ditawar oleh parti-parti politik dan bukan masalah peribadi serta aib yang dijaja sedikian rupa,", katanya selepas pertemuan dengan 10 NGO Islam di ibu pejabat ABIM di sini.
Sepuluh NGO itu terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kumpulan PRIHATIN, Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Persatuan Hafiz Malaysia (PAHAM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia.
Tambah Amidi, umat Islam perlu menyekat mana-mana maklumat yang dirasakan palsu dan mengaibkan individu lain terutamanya di dalam media.
Katanya, ia hanya akan menjadikan keadaan bertambah buruk selain menambah kemungkinan berlakunya huru-hara pada PRU kali ini.
Dalam pada itu, pilihan raya umum kali ini menyaksikan persaingan sengit di kalangan parti-parti utama kerana ia dianggap "bakal mencatatkan hitam putih ataupun jatuh bangun negara".
"Kami menegaskan perlunya kita bersama: parti politik, pemimpin masyarakat, alim ulama, intelektual, pengamal media dan rakyat seluruhnya, berusaha mendaulatkan demokrasi bersih dan beretika," katanya.
Selain menolak amalan politik lucah, sepuluh NGO Islam itu turut menolak budaya politik fitnah, amalan politik samseng dan amalan rasuah serta peras ugut.
Wan Syamsul Amly
Fri Apr 12 2013
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Kerjasama politik dengan Pas bukan agenda utama - Pemuda UMNO Kedah
Pemuda UMNO Kedah menyarankan agenda kerjasama politik di antara PAS dan UMNO bukanlah keutamaan yang perlu ditumpukan oleh UMNO pada masa ini.
'Inilah apa yang ahli keluarga lakukan' - 4 respon Nazir mengenai perpindahan dana AS$7 juta
Datuk Seri Nazir buat pertama kali menjawab soalan berkenaan perpindahan dana AS$7 juta yang diajukan media tempatan. Astro AWANI mengupas respon utama beliau mengenai isu ini.
Najib berjaya batal saman PKR berhubung dakwaan belanja PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga yang lain hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan PKR atas dakwaan berbelanja berlebihan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan, Lajim kekalkan kerusi Klias
Hakim memutuskan rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih terhadap Datuk Lajim Ukin tidak mempunyai merit.
'Tsunami Cina' masih wujud di Kajang, kata penganalisis politik
Lapan bulan selepas PRU-13, sokongan masyarakat Cina semasa PRK ini boleh dinilai terutamanya jika MCA mempunyai satu strategi baru.
ISMA mahu dunia iktiraf Malaysia hak Melayu
NGO itu mahu masyarakat dunia mengiktiraf negara ini sebagai warisan dan hak orang Melayu kerana orang Melayu telah ada di tanahair ini jauh lebih lama berbanding kaum-kaum lain.
Perutusan Tahun Baru Perdana Menteri
Tanggungjawab kerajaan dan keutamaan saya adalah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemajuan berterusan kerana masa depan negara bergantung kepada faktor-faktor ini.
Mahkamah tolak petisyen Pilihan Raya Kuala S'gor, Sg Besar, Sabak Bernam dan Sepang
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu setelah mendapati pempetisyen tidak menyatakan fakta yang jelas dan mencukupi.
BN kekal kemenangan di kerusi Dun Lubok Merbau
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas mendapati pempetisyen gagal mengikuti kehendak-kehendak mandatori dan petisyen yang difailkan Abdul Karim Abdul Rashid cacat.
BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.