SEPANG: Seramai 104 tahanan etnik Rohingya masih diburu selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setakat 7 malam tadi, 424 daripada 528 tahanan yang melarikan diri, sudah ditahan semula.
Hamzah berkata mereka merupakan tahanan tempoh yang lama iaitu lebih dua tahun kerana proses penghantaran tidak dapat dilakukan berikutan kerajaan Myanmar tidak menerima dan mengiktiraf status kerakyatan mereka.
"Kalau nak menghantar balik, nak hantar balik mana? Ini jadi masalah kepada kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penerapan nilai-nilai murni di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, seramai 528 tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dan enam daripada mereka maut dilanggar kenderaan semasa melintasi jalan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jawi, Nibong Tebal.
Dalam perkembangan lain, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menafikan gabungan itu mengadakan perbincangan untuk menjatuhkan beberapa pemimpin politik.
Hamzah berkata pertemuan antara pemimpin politik dalam PN adalah perkara biasa.
"Dia (Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) datang jumpa saya betul ada sebab, dalam PN pun sudah tentu kita jumpa rakan-rakan kita terutama nak bincang post-mortem pilihan raya dan sebagainya.
"Jadi, saya sebenarnya kalau orang tanya saya betul ke PN mesyuarat nak jatuhkan sesiapa? Betul lah (Ahmad Samsuri) kata itu (dokumen) 'sampah' kerana tidak ada langsung perbincangan," katanya.
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Polis P. Pinang guna khidmat unit udara kesan pelarian
BACA: Tahanan Imigresen lolos: Polis kenal pasti dalang rusuhan
Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu sebelum ini menegaskan dokumen yang tular menerusi media sosial baru-baru ini sebagai palsu dan 'sampah' serta ia direka pihak tertentu bagi mencemarkan imej Pas.
Media melaporkan antara kandungan dalam dokumen itu menyebut beberapa pelan atau gerak kerja untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sidang media pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Pusat Persidangan Movenpick hari ini. - Foto BERNAMA
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Tahanan lolos di Bidor: 83 diberkas, 46 masih diburu setakat pagi Selasa
Daripada jumlah itu, 61 orang diberkas pihak polis manakala 22 lagi oleh pihak imigresen.
Tahanan lolos di Bidor: Seorang maut kemalangan, tiga lagi diberkas
Kejadian berlaku di Kilometer 332.5, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah.
Tahanan lolos minta makanan, mahu pinjam telefon, wang penduduk
Kehadiran tahanan disedari penduduk apabila mereka mahu pinjam telefon bimbit, makanan selain wang.
Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.
Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.
Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
Mereka dibahagi kepada dua kumpulan dan laluan agak mencabar dengan keadaan tanah yang becak dan licin serta gelap.
Tahanan penjara lolos ketika dapatkan rawatan di hospital
Seorang tahanan penjara dilaporkan melarikan diri sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB), Pulau Pinang pada petang Isnin.
Polis sahkan ada tahanan lolos di lokap IPD Dang Wangi
Polis mengesahkan seorang tahanan telah meloloskan diri dari lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Tahanan lolos dari lokap balai berjaya ditahan semula
Seorang daripada dua suspek warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lepas berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, 9 pagi t