11 jangkitan baharu COVID-19, ini lima perkara penting kenyataan media KP Kesihatan

Fauzi Suhaimi
Ogos 12, 2020 09:29 MYT
KKM mengesahkan sebanyak 11 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini. -Gambar Bernama
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kes baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,114 kes.
Ini merupakan lima perkara penting disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu:
1- Sebanyak 11 kes baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,114 kes.
2- Lapan kes import mendapat jangkitan di luar negara.
3- Tiga kes penularan dalam negara.
4- Satu kes dirawat di ICU dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
5- Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19.
#COVID-19 #Kementerian Kesihatan #kes positif #kesihatan #KKM #Noor Hisham Abdullah