PUTRAJAYA: Seramai 11 orang lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan warganegara Malaysia di Kemboja selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 11.55 malam tadi.
Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.
"Kementerian merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Kemboja melalui pihak berkuasa negara itu atas kerjasama baik yang telah diberikan dalam mengesan serta menyelamatkan mangsa.
"Kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh akan terus komited dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Kemboja untuk mengesan serta menyelamatkan mangsa bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air dengan selamat," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, individu atau waris kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara boleh berhubung secara terus dengan Kementerian Luar melalui Unit Bantuan Konsular Rakyat Malaysia di Luar Negara menerusi e-mel [email protected].
"Selain itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga boleh dihubungi melalui e-mel [email protected] sekiranya terdapat individu atau waris yang terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja," menurut Kementerian Luar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Seramai 24 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan berjaya dibawa pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 9 September lalu. - Foto BERNAMA
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Laporan interim berhubung insiden helikopter TLDM yang terhempas dan mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Tindakan pantas kedutaan selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan
Warga Malaysia berkenaan diselamatkan selepas kementerian itu menerima laporan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mangsa.
121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
Hubungan baik Malaysia-Kemboja bantu tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan - Duta
Hubungan baik antara Malaysia dengan Kemboja membantu usaha Kedutaan Malaysia tangani isu sindiket penipuan tawaran pekerjaan.
35 rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang
Seramai 35 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dan terperangkap di Kemboja berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dan dibawa pulang ke tanah air hari ini.
10 lagi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dibawa pulang
Seramai 10 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air semalam.
11 mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja selamat pulang
Setakat semalam, seramai 123 daripada 153 orang mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja telah berjaya diselamatkan.