KUALA LUMPUR: Hanya empat peratus kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima dikesan dalam keseluruhan jumlah jangkitan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mewakili 531 kes daripada keseluruhan 13,215 yang dikesan dalam masa 24 jam lepas.

Berikut lima perkara penting sidang media KKM pada Khamis:

1) Jumlah jangkitan baharu COVID-19 hari ini melonjak kepada 13,215 kes, selepas dua hari berturut-turut melepasi angka 11,000.

2) Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 6,120 kes baharu disusuli Negeri Sembilan dengan 1,603 kes dan Kuala Lumpur dengan 1,499 kes.

3) Jumlah kes aktif aktif ketika ini adalah 108,369 kes. Kes yang dirawat di ICU adalah 885 orang dengan 432 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

4) Sebanyak 110 kes kematian baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan jumlah kes kematian ketika ini adalah 6,613 kes.

5) Kes sembuh baharu yang direkodkan semula adalah 6,095 kes dengan kumulatif kes sembuh ketika ini adalah 765,800 kes.